Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : khalayak ramai, orang banyak, umum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : khalayak ramai; umum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : orang kebanyakan; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Daun cenalu berbalik-balik,
     Gugur ke tanah berderai-derai;
Pengantin baru masuk ke bilik,
     Orang ramai mula bersurai.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Tiada terkajang batu di pulau.

Bermaksud :

Tiada terlayan kehendak orang ramai.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai langau mengerumuni bangkai.Orang ramai yang riuh-rendah bunyinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada terkajang batu di pulau.Tiada terlayan kehendak orang ramai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telinga rabit, pasang subang di kaki.Sesuatu hal yang tidak patut dipatutkan, akhirnya jadi tertawaan orang ramai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke laut meracik ikan, tersenyum siput; ke hutan memancing punai, tertawa badak.Perbuatan yang dilakukan dengan tidak menurut aturan akan jadi tertawaan orang ramai. racik = jerat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti lut dengan marakah.Orang yang lebih pengetahuan selalu menjadi pemimpin orang ramai. lut = batu duga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berinduk semang kepada janda, bagai dokoh tali anjing.Orang yang masih membuat perhubungan dengan jandanya ialah suatu perbuatan yang dicerca oleh orang ramai. dokoh = perhiasan leher; induk semang = perempuan yang punya rumah tempat orang menumpang; orang yang memberi pekerjaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melonjak ikan melonjak gerandang, orang melonjak dengan radai, awak melonjak dengan perut besar.Orang kecil yang hendak menyamai orang besar-besar, akhirnya perbuatannya itu menjadi tertawaan orang ramai; peri sifat orang yang angkuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kelapa tebal sabut, terhempas ke batu tak pecah, dibuang ke laut tak tenggelam.Orang yang ramai anak cucunya, dikasihi oleh kaum kerabatnya, suka tolong-menolong, maka selamatlah hidupnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biawak kudung masuk kampung.Orang jahat yang dikenal ramai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. (Biasa juga: Ramai beragam, rimbun menyelara).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas