Membawa perut ke rumah orang. | Selalu bertandang makan ke rumah orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di rumah sendiri dapur tak berabu, ke rumah teman pergi berpasak seribu. | Suka bertandang dan makan di rumah orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah terum di tengah rumah. | Orang besar-besar bertamu ke rumah orang miskin, sehingga menyusahkan orang yang menerimanya itu. terum = duduk, dikatakan hanya tentang gajah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bertandang ke rumah janda. | Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam naik ke surau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertandang ke surau. | Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai ayam naik ke surau, b. Bagai bertandang ke rumah janda). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melangkah kaki kanan. | Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti pacat kenyang. | Sehabis makan di rumah orang, lalu pergi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ayam naik ke surau. | Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai anak sepat ketohoran. | Berbaring dan bermalas-malas saja di rumah orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dalam rumah membuat rumah. | Mencari keuntungan atas ongkos orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |