Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Hendak ke seberang seberang saja,
     Saya tak mahu berkuda-kuda;
Hendak seorang seorang saja,
     Saya tidak mahu berdua tiga.


Lihat selanjutnya...(164)
Peribahasa

Enau sebatang dua sigainya.

Bermaksud :

Satu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang; seorang perempuan yang menduakan suaminya.

 

Lihat selanjutnya...(29)

510

One bad apple spoils the lot

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - one bad apple spoils the lot .

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(26)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mencit seekor penggada seratus.Orang seorang menghadapi lawan yang banyak dan lebih kuat. penggada = pemukul, cokmar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Enau sebatang dua sigainya.Satu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang; seorang perempuan yang menduakan suaminya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menghadapi jambar seorang-seorang.Tidak menghiraukan hal-ehwal orang lain. jambar = hidangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seorang mencubit seorang menampar, yang menampar jugalah disalahkan.Orang yang cerdik membuat kejahatan di dalam diam, tiada yang tahu; si bodoh melakukan kejahatan di dalam terang, terus disalahkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Karam berdua basah seorang.Dua orang berbuat salah, seorang saja yang kena hukum.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seorang makan cempedak (= nangka), semua kena getahnya.Seorang berbuat salah, semuanya dianggap bersalah juga; seorang mendapat kesenangan, orang lain mendapat kesusahannya. (Bandingkan dengan: Lain orang yang makan nangka, lain orang kena getah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seorang budi-budian, seorang tabung seruas.Dua orang yang berlainan sifatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buruk dikembang pada orang, elok dipilih sama seorang.Keburukan, kerugian atau kesusahan hendak ditanggung bersama-sama, tetapi kelabaan atau keuntungan dimakan seorang diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seekor ayam tak berkokok, hari tak siangkah?Orang yang pandai bukan seorang, sesuatu perkara itu akan terus berlaku walaupun ada seorang yang tidak menyukainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah seekor gembala dua.Sesuatu pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua orang lelaki mencintai seorang perempuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Enau sebatang dua sigainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas