Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata p

Puisi
 

Petang-petang ribut berdengung,
     Kilat menyambar pucuk pauh;
Petang-petang duduk melengung,
     Orang nak balik tempat jauh.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Biduk pecah nakhoda mati,
     anak buah bercerai-berai.

Bermaksud :

Apabila perusahaan yang besar mengalami kerugian maka pekerja-pekerjanya pun bercerai-berai.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

332

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Padang perahu di lautan, padang hati di fikiran

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi padang perahu di lautan, padang hati di fikiran . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(647)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Barang di mana pun pantat periuk itu hitam juga.Di mana pun juga kesalahan tetap kesalahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biduk pecah nakhoda mati, anak buah bercerai-berai.Apabila perusahaan yang besar mengalami kerugian maka pekerja-pekerjanya pun bercerai-berai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bermimpi mendapat emas, takkan membuat pura; bermimpi mendapat padi, takkan membuat lumbung.Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cupak sudah tertegak, suri sudah terkembang (=terentang).Telah lama adat berdiri tentang tiap-tiap pekerjaan. suri = pemidangan pada perkakas tenun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar diambak, tinggi dianjung.Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Subur kerana dipupuk, besar kerana diambak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertiraikan banir.Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b. Berkelambukan gua, c. Bertilam pasir). banir = akar yang tumbuh pada pangkal pohon.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Datang tampak muka, pulang tampak punggung.Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulat segiling, pecak setapik.Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cubit paha sendiri dulu, baru cubit paha orang lain.Pandang pada diri sendiri dulu, sebelum memandang pada orang lain. (Bandingkan dengan: Cium tapak tangan, berbaukah atau tidak?).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berbaur pangkal perceraian.Jika terlalu karib mudahlah timbul perselisihan. (Bandingkan dengan: Berdua mendatangkan perbantahan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas