| Tuah anjing, celaka kuda. | Bahagia pada yang satu, celaka pada yang lain. (Bandingkan dengan: Tebu pada awak, peria pada teman). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mudah jua pada yang ada, sukar jua pada yang tidak. | Pada orang kaya segalanya mudah, pada orang yang miskin segalanya susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pada sama tumbuh dengan siangan, adat sama tumbuh dengan sengketa. | Adat berdiri kerana ada sebabnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tebu pada awak, peria pada teman. | Disukai oleh seorang, dibenci oleh yang lain. (Bandingkan dengan: Tuah anjing, celaka kuda). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Takut pada ular, terkejut pada bengkarung. | Kerana takut kepada orang yang berkuasa, lalu takut pula kepada keluarganya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tertangguk pada ikan dikeruntungkan, tertangguk pada ular dikeruntungkan juga. | Buruk atau baik diterima saja setelah dimuafakati beramai-ramai. keruntung = keranjang untuk menyimpan ikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam. | Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang. | Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang terpegang pada hulunya, awak terpegang pada matanya. | Dalam perjanjian, syarat-syarat orang lebih kuat daripada kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang memegang kerbau pada talinya, memegang manusia pada katanya. | Manusia dihormati kerana kejujurannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |