Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pada sesuatu

Peribahasa

Menakik darah di batu (= di alu).

Bermaksud :

Meminta sesuatu pada orang yang tidak punya; bekerja dengan sia-sia (bekerja berat, sedikit hasilnya).

 

Lihat selanjutnya...(25)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Si lalar si lalai.Tidak tetap pada sesuatu pekerjaan atau di suatu tempat. si latar = berjalan tak tentu arah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menakik darah di batu (= di alu).Meminta sesuatu pada orang yang tidak punya; bekerja dengan sia-sia (bekerja berat, sedikit hasilnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai sayang kaki pada terompah.Kasih sayang yang boleh ditinggal-tinggalkan, sesuatu yang digunakan pada waktu perlu saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jari kudung dimasukkan cincin.Berbuat sesuatu tidak pada tempatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berharga di atas rupa, bercupak di atas tumbuh.Tiap-tiap sesuatu hendaklah pada tempatnya. di atas rupa = melihat rupa; bercupak di atas tumbuh = adat diisi apabila sesuatu mengenai adat itu terjadi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkaul kepada (= ke tempat) keramat.Meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berbuat di alang tahun, belayar di luar musim.Mengerjakan sesuatu bukan pada waktunya. alang = tengah-tengah; berbuat = maksudnya: turun ke sawah atau ke ladang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di lurah maka hendak angin, di bukit maka hendak air.Berkehendakkan sesuatu tidak pada tempatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sukar kaji pada orang alim, sukar wang pada orang kaya.Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Penyapu diikat sutera.Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Perahu papan bermuat intan, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpati dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas