| Ugut-ugut beruk saja. | Menunjukkan berani pada orang yang takut padanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai gulai lengkitang. | Hendak menghilangkan kejahatan dirinya, tetapi kebaikan yang ada padanya pun lenyap pula. lengkitang = siput. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengadu air dengan garam. | Suami yang lebih mengasihi isterinya yang muda daripada yang tua, tetapi syarat-syarat untuk menyatakan kasihnya itu tidak ada padanya. mengadu = mencampur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |