Pahit dulu, manis kemudian. | Perjanjian hendaklah dibuat dengan syarat-syarat yang terang dan tegas; supaya jangan timbul perselisihan di kemudian hari. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sedap dulu, pahit kemudian. | Bersenang-senang dulu, dan akhirnya mendapat kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tebu takkan pahit rasanya. | Orang yang sungguh-sungguh baik tidak akan berkelakuan jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat). | Kadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia. mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mendapat kopi keras (= pahit). | Kena marah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah tahu peria pahit. | Sudah tahu kurang baik diperbuat juga; penyesalan yang tak berfaedah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang. | Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan. | Sesuatu nasihat itu hendaklah difikirkan masak-masak buruk baiknya, sedangkan kecaman janganlah pula ditolak mentah-mentah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di luar merah di dalam pahit. | Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu, b. Di luar berkilat di dalam berongga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Semanis-manis gula berpasir juga, sepahit-pahit jadam menjadi ubat. | Pujuk rayu yang berisi tipu muslihat; perkataan yang keras tetapi mengandung nasihat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |