[pa/] | ڤق
Definisi : singkatan bagi bapak; ~ alang (ngah) bapa saudara yg tengah; ~ belang harimau; ~ cik a) ~ cu (usu) bapa saudara yg termuda; b) panggilan kpd orang yg separuh umur; ~ janggut a) orang yg berjanggut; b) orang Benggali; P~ Kaduk orang yg malang kerana kebodohannya; ~ long (tua, ua, wa) bapa saudara yg tua sekali; ~ mulung tukang cerita dlm persembahan mekmulung yg turut sama melakonkan ceritanya dgn pelakon lain; ~ na Kl barua; ~ pacak orang yg tidak penting peranannya dlm sesuatu peristiwa (spt watak tambahan dlm lakonan pentas dll); P~ Pandir orang yg bodoh; ~ pecocok orang yg jahat (pencuri dll); ~ sanggup a) orang yg menyanggupi sebarang kerja yg diberikan; b) orang yg mengahwini perempuan yg sudah hamil; ~ teh bapa saudara (adik yg kelima atau keenam drpd ayah atau ibu); ~ turut orang yg tidak mempunyai pendirian sendiri (menurut orang lain sahaja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pa/] | ڤق
Definisi : 1. peti atau kotak (dibuat drpd kayu) tempat barang; 2. IB bungkus (tembakau, rokok, dll); mengepak membungkus (membalut dll) barang-barang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pa/] | ڤق
Definisi : IB pajak; ~ temurun Id pak (pajak) atas tanah yg berlanjutan turun-temurun; mengepak 1. memajak; 2. bp memborong; mengepakkan menyerahkan atau memborong sesuatu dgn cara pak (pajak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pa/] | ڤق
Definisi : kep bapa(k). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[pa/] | ڤق
Definisi : peti atau kotak yg dibuat drpd kayu dan digunakan sbg tempat menyimpan barang-barang. ~ kuasa ist alat mudah alih yg dpt mengubah arus bekalan elektrik kpd arus terus atau kpd arus ulang-alik mengikut keperluan sesuatu alat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)