| Makan bubur panas-panas. | Bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. | Kebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai panas mengandung hujan. | Tertawa dalam kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari. | Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. | Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lah panas hari, kacang lupa akan kulitnya. | Orang yang tiada ingat akan asalnya setelah menjadi kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sudah panas berbaju pula. | Kesulitan yang bertambah-tambah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bukannya diretak panas. | Sesuatu kejadian itu berlaku kerana terlalu banyak diperkatakan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hujan berpohon, panas berasal. | Segala sesuatu tentu ada sebab-musababnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menyeladang bagai panas di padang. | Sama rata tanpa ada kecualinya. menyeladang = merata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |