Pancing makan umpan. | Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpan habis pancing putus, punca terlepas daripada tangan. | Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Umpan habis, ikan tak kena [= dapat]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bodoh-bodoh sepat, tak makan pancing emas. | Biarpun bodoh, dapat juga memilih mana yang baik dan mana yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pagar makan padi (= tanaman). | Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pancing makan umpan, b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memepas dalam belanga. | Mencari keuntungan dalam lingkungan keluarga atau kawan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Memancing dalam belanga). pepas = kail, pancing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tongkat membawa rebah. | Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telunjuk mencocok (= merosok, menikam) mata. | Dikhianati oleh orang kepercayaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Tongkat membawa rebah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |