| Kalau pandai makan, pandai simpan. | Pandai menyimpan rahsia. (Bandingkan dengan: Pandai makan tak pandai simpan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pandai makan tak pandai simpan. | Tak pandai menyimpan rahsia. (Bandingkan dengan: Kalau pandai makan, pandai simpan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sumpit penuh tidak berisi. | Orang bodoh yang berlagak seperti orang pandai-pandai; orang miskin yang berbuat seperti orang kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sukar kaji pada orang alim, sukar wang pada orang kaya. | Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belalang hendak menjadi elang. | Orang bodoh (= hina) hendak berlaku sebagai orang besar (= pandai-pandai). (Bandingkan dengan: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hilang kilat dalam kilau. | Kepandaian atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi apabila bercampur dengan orang pandai-pandai atau orang besar-besar. (Bandingkan dengan: Hilang ikan dalam kerabu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menempuh baik, ditempuh istimewa lagi; durian tidak apa-apa, mentimun juga yang binasa. | Perlawanan yang tidak sebanding (seperti orang bodoh melawan orang pandai-pandai dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hulu mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai memakai. | Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan, selalu selamat dan disukai orang. hulu mujur = pangkat untung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tahu makan, tahu simpan. | Pandai menyimpan rahsia. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau pandai makan, pandai simpan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pandai berminyak air. | Memuji-muji kerana ada sesuatu maksud; pandai berpura-pura; pandai menggunakan sesuatu yang sebenarnya kurang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |