Ayam yang tangkas di gelanggang. | Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siapa cerdik tinggi naik, siapa calak menang berhitung. | Orang yang pandai berkata-kata, meskipun bersalah, dipercayai orang jua. calak = banyak cakap; berhitung = berunding. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Banyak tukang di mata dan di mulut, sedikit tukang di tangan. | Pandai berkata-kata saja tetapi tidak pandai mengerjakannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pandai mengambil otak di dalam kepala, tiada diketahui oleh tuan tubuh. | Pandai berkata-kata; arif bijaksana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya. | Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |