Jauh panggang dari api. | Jawapan atau sindiran yang tidak tepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlampau panggang jadi hangus. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kucing dengan panggang (= balur). | Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api). balur = dendang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan liat kurang panggang. | Tidak dapat diajar; degil. jangat = kulit binatang atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kucing menyembunyikan kuku, terlihat panggang berubahlah laku. | Orang jahat yang berpura-pura baik sementara belum bertemu dengan barang yang disukainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai api dengan rabuk. | Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kucing dengan panggang [= balur], b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak masak langsung hangus. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu langit, b. Terlampau panggang jadi hangus). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak harum terlalu hangit. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak masak langsung hangus, b. Terlampau panggang jadi hangus). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |