Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pangkalnya


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bunganya dipersunting, pangkalnya diberaki.Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga dipetik, perdu ditendang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kemiri jatuh ke pangkalnya.Beroleh tempat yang sepatutnya; kembali ke tempat asalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adapun kata ada pangkalnya.Tiap-tiap suatu itu ada asal usulnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dian sebatang dinyalakan hujung pangkalnya, teraba-teraba sudahnya.Orang yang membazir tak dapat tiada akan menghadapi kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Putus gayung di belebas, putus kata di pangkalnya (= di mulutnya).Putusan yang berdasarkan kepada pokok pembicaraan. belebas = bilah daripada kayu dipakai sebagai perisai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak tentu kepala ekornya.Tak keruan hujung pangkalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak mengetahui hulu hilirnya.Tidak mengetahui hujung pangkalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak tentu hilir mudiknya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak tentu titik komanya.Perkataan yang tidak tentu hujung pangkalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai keli kena ketuk.Bersungut-sungut dengan tiada tentu hujung pangkalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kuda kencing di papan.Percakapan yang tiada tentu hujung pangkalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas