Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan. | Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah sayap bertongkat paruh, c. Patah tongkat berjermang [= bertelekan]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Patah sayap bertongkat paruh. | Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Patah dihubung, hilang diganti. | Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, b. Patah sayap bertongkat paruh, c. Patah tongkat berjermang [= bertelekan]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Patah tongkat berjermang (= bertelekan). | Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang = kayu pendek untuk menopang perahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti paruh dengan kepak. | Dua golongan yang berlainan tetapi bekerjasama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Salah cotok terkudung paruh, salah telan belah perut. | Melakukan pekerjaan yang salah tak dapat tiada akan menerima akibatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |