| Patah dihubung, hilang diganti. | Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, b. Patah sayap bertongkat paruh, c. Patah tongkat berjermang [= bertelekan]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Patah tongkat berjermang (= bertelekan). | Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang = kayu pendek untuk menopang perahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan. | Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah sayap bertongkat paruh, c. Patah tongkat berjermang [= bertelekan]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Patah sayap bertongkat paruh. | Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Patah tumbuh, hilang berganti. | Terus menerus ada gantinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Patah kemudi perahu hanyut. | Rakyat yang kehilangan pemimpin akan kucar-kacirlah jadinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Patah kemudi dengan (e)bamnya. | Sudah tak ada harapan lagi. bam = kayu papan balok tumpuan kemudi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Patah kandar (gandar) di tengah jalan. | Mendapat kemalangan dalam usaha; pekerjaan terhalang kerana kematian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Patah batu hatinya. | Hilang sama sekali kemahuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bajak patah, banteng terambau. | Kemalangan yang datangnya silih berganti. banteng = lembu; terambau = masuk jurang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |