Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata patut;

Puisi
 

Pisang awak jatuh berlerai,
     Jatuh sebiji ke sarung kain;
Patut tuan hendak bercerai,
     Sudah berjanji dengan yang lain.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Memberi barang kepada kera.

Bermaksud :

Mempercayai orang yang tiada patut dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(8)

302

Don't let the fox guard the hen-house

Jangan berikan tanggungjawab atau kepercayaan kepada orang yang tidak patut dipercayai.

Jangan menyuruh kapak menyelam beliung

The people were really angry when it was discovered that a known swindler had been elected as the treasurer of the village. It was unbecoming to let the fox guard the hen-house. We feared that he might exploit his position for his own interests.

Orang ramai naik marah apabila mendapat tahu bahawa seorang lelaki yang diketahui kaki putar belit dipilih menjadi bendahari kampong itu. Jangan menyuruh kapak menyelam beliung. Kami khuatir dia mungkin menggunakan kedudukannya demi kepentingan peribadi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti bisai makan sepinggan.Sesuatu yang sangat patut dan sesuai. bisai = elok, bagus.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memberi barang kepada kera.Mempercayai orang yang tiada patut dipercayai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan bagai babi merasa gulai.Orang yang hina tidak patut berjodoh dengan orang bangsawan. Bandingkan dengan: Babi merasa gulai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malu, kalau (= jikalau) anak harimau menjadi anak kambing.Tidak patut anak orang baik-baik menjadi bodoh; atau anak orang berani menjadi penakut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telinga rabit, pasang subang di kaki.Sesuatu hal yang tidak patut dipatutkan, akhirnya jadi tertawaan orang ramai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada tahu antah terkunyah.Tiada merasa ada melakukan sesuatu perbuatan yang kurang patut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Elok lenggang di tempat datar.Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berdenah tidak, terpeluk sarang tabuhan.Mendapat kesusahan (kecelakaan) kerana takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak patut ditakutkan. tabuhan = tebuan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas