| Payah umpama memelihara diri dalam sarang lebah. | Menghadapi musuh yang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tak payah basuh kaki tangan. | Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik basuh kaki saja). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mudah luka payah sembuhnya. | Mencari perselisihan sangat mudah, tetapi mencari perdamaian sangat sukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti keris yang tak payah diasami lagi. | Sudah mahir dan tidak payah ditunjuk ajar lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Awak yang payah membelah ruyung, orang lain yang beroleh sagunya. | Orang lain yang bersusah payah, orang lain pula yang mendapat faedahnya. ruyung = batang pohon enau. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lemah-lembut lintah, melekat payah lucut. | Orang yang lemah-lembut lakunya tetapi susah hendak melepaskan sesuatu yang telah diperolehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lampu kekurangan minyak. | Dalam keadaan payah. (Bandingkan dengan: Bagai pelita kehabisan minyak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti tebu lepas ke dalam mulut gajah, payah akan keluar. | Seseorang yang memperoleh sesuatu yang disukainya maka sukarlah hendak dilepaskannya. (Bandingkan dengan: Tebu masuk di mulut gajah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ada sampan hendak berenang. | Sengaja bersusah payah. (Bandingkan dengan: Ada biduk, serempu pula). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sedepa tanduk yang datang sejengkal tanduk yang menanti; payah juga yang datang. | Kesukaran berdagang ke negeri asing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |