Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.cah.pe.cah] | ڤچه٢

Definisi : pecah pd banyak tempat atau bahagian (sesuatu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pecah-pecah

Puisi
 

Pokok nangka pohon cempedak,
     Pecah-pecah bunga senduduk;
Kecil jangan disangka budak,
     Gajah tersungkur oleh pelanduk.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Seperti telur dua sebandung,
     pecah satu pecah keduanya.

Bermaksud :

Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Telur sesangkak, pecah satu pecah semua). sebandung = serangkai.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Telur sesangkak, pecah satu pecah semua.Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya.Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Telur sesangkak, pecah satu pecah semua). sebandung = serangkai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pecah bunyi (= tepi), buruk berita.Kejadian yang tak baik, kemudian menjadi besar kerana diceritakan orang ke sana ke mari. pecah tepi = pecah sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya.Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pecah tempayan pekasam, muka berconteng arang.Mendapat malu besar kerana kejahatan telah diketahui orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pecah periuk nasinya.Hilang mata pencariannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pecah menanti sebab, retak menanti belah.Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pecah kapi, putus suai.Sesuatu yang tak dapat diperbaiki lagi; mencerita malu yang amat sangat. kapi = kerek, takal; suai = tali penarik, tali kapi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pecah buyung, tempayan ada.Hilang seorang, masih ada orang lain yang akan menggantinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar pecah di mulut, jangan pecah di perut.Menyimpan rahsia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas