Pekak pembakar meriam. | Sesuatu yang mendapat tempat yang sesuai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nan pekak pelepas bedil, nan buta pengembus lesung, nan bisu penggera ayam, nan lumpur penghuni rumah. | Tiap-tiap orang itu ada dengan gunanya; simbol persatupaduan yang kukuh. penggera = orang yang menyergah, menggertak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pipit pekak makan berhujan. | Sangat rajin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai si pekak tertanya-tanya. | Sangat ingin mendengar khabar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti harimau kena kucing pekak. | Marah bercampur takut kerana bahaya yang menimpanya. kucing pekak = perangkap besi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Meragakan suara kepada si pekak. | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan, c. Meragakan pakaian cantik kepada si buta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak ada guruh pada orang pekak, tak ada kilat pada orang buta. | Kias dan sindiran tidak ada ertinya bagi orang yang bodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya. | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Meragakan pakaian cantik kepada si buta, b. Meragakan suara kepada si pekak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |