Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.bur] | ڤلابور

Definisi : sl makanan dll yg sudah ditentukan, catu, rangsum: Sultan Iskandar Shah menyuruh mengeluarkan beras kpd bendahari akan ~ segala rakyat; ~ habis Palembang tak alah prb modal telah banyak habis tetapi faedah akhirnya tiada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.bur] | ڤلابور

Definisi : 1. orang yg melabur (menanam modal); 2. bekalan makanan (wang dll); ~ asing individu atau syarikat dr luar negara yg melaburkan modalnya dlm sesuatu perniagaan dsb; ~ institusi (Eko) institusi atau organisasi yg mengumpul dan mengurus dana drpd orang ramai utk tujuan pelaburan secara besar-besaran dlm pasaran saham dsb; ~ runcit (Eko) pelabur individu yg jumlah pelaburan­nya sangat kecil (hanya beberapa lot saham dsb); ~ habis Palembang tak alah prb perbuatan yg sia-sia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.bur] | ڤلابور

Definisi : 1 orang (syarikat dsb) yg melabur atau yg melaburkan sesuatu. 2 bekalan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelabur

Peribahasa

Arang habis binasa,
     tukang hembus penat saja.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Pelabur habis, Palembang tak alah, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pelabur habis, Palembang tak alah.Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Arang habis binasa, tukang hembus penat saja, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi). pelabur = rangsum, catu makanan atau wang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Arang habis binasa, tukang hembus penat saja.Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Pelabur habis, Palembang tak alah, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi.Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Arang habis binasa, tukang hembus penat saja, c. Pelabur habis, Palembang tak alah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas