| Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan. | Tabiat orang tak mungkin berubah. (Peribahasa lain yang sama makna: Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya. | Kebenaran akan ternyata juga, walapun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan. | Tabiat orang tak mungkin berubah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Air cucuran atap, jatuhnya kepelimbahan. | Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. pelimbahan = tempat air yang kotor. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |