Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pelita (kata nama)
Bersinonim dengan lampu, ketaya, andang, colok, suluh, obor.,

Puisi
 

Baiklah baik pasang pelita,
     Pasang pelita tepi jeraya;
Baik-baik berpandang mata,
     Memandang mata membuat dosa.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Bagai pelita kehabisan minyak.

Bermaksud :

Tidak berseri-seri lagi. (Bandingkan dengan: Lampu kekurangan minyak).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pelita kehabisan minyak.Berwajah muram kerana kedukacitaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai pelita kehabisan minyak.Tidak berseri-seri lagi. (Bandingkan dengan: Lampu kekurangan minyak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memasang pelita tengah hari.Memberi keterangan tentang sesuatu perkara yang sudah jelas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pasang pelita dilanggar tikus.Kegembiraan hilang oleh kerana satu kejadian yang kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pelita: membakar diri menerangkan orang.Mengorbankan diri untuk kesenangan orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk geronggang bawa pelita.Kalau akan membuat sesuatu pekerjaan yang tidak diketahui, hendaklah ditanya atau diminta pimpinan daripada orang yang ahli. geronggang = rongga di dalam batu atau kayu, gua gelap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pikir (fikir) itu pelita hati.Fikiran suluh kebenaran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lampu kekurangan minyak.Dalam keadaan payah. (Bandingkan dengan: Bagai pelita kehabisan minyak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas