Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lu.pu/] | ڤلوڤوق

Definisi : ; ~ mata kelopak mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lu.pu/] | ڤلوڤوق

Definisi : ; ~ mata daging nipis yg menutupi biji mata apabila mata dipejamkan; kelopak mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelupuk

Peribahasa

Kuman di seberang lautan tampak,
     gajah di pelupuk mata tiada tampak.

Bermaksud :

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sudah bertongkat tempurung, tak terangkat pelupuk matanya lagi.Sudah tua sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan.Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lautan yang dalam sudah diselam rata, buyung di dapur tak tahu apa isinya.Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. (Bandingkan dengan: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, c. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar.Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas