| Sedikit kerja, banyak berantun. | Orang pemalas lebih suka bersolek daripada bersusah payah. berantun = bersolek, berhias. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti birah tidak berurat. | Orang yang pemalas, di mana duduk di situ berbaring. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menantikan nasi disajikan di mulut. | Orang yang pemalas hanya menantikan pemberian atau kasihan orang saja, atau menantikan takdir Tuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti gadis sudah berlaki. | Anak perawan yang pemalas dan pengotor. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai anak dara sudah berlaki. | Anak perempuan yang tiada malu, pemalas dan pengotor. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |