Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.wa] | ڤمباوا

Definisi : 1. orang yg membawa (mengangkat dsb) sesuatu; ~ berita = ~ khabar orang yg membawa khabar; ~ suara juruacara, jurubicara; se~ kakinya ke mana dibawa kakinya, ke mana sahaja; 2. orang yg mendatangkan sesuatu atau yg menyebabkan berlakunya (timbulnya dsb) sesuatu: ia menganggap Hamzah Fansuri sbg ~ kemodenan kerana ia membawa pemikiran yg rasional; ~-~ peradaban India; 3. NS barang yg dibawa oleh suami semasa kahwin dan berhak diambil kembali apabila bercerai: cari bagi, dapatan tinggal, ~ kembali; 4. orang dll yg menyebarkan sesuatu (spt penyakit, kuman, dsb): ~ kuman taun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.wa] | ڤمباوا

Definisi : 1 orang yg membawa sesuatu: ~ berita. 2 benda yg membawa sesuatu: kuman ~ penyakit. 3 orang yg mengemudikan kenderaan; pemandu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembawa

Peribahasa

Sabar penghilang penat,
     tekun pembawa dekat.

Bermaksud :

Orang yang sabar akan berhasil usahanya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang.Hendaklah berusaha sendiri untuk mencapai kemuliaan dalam hidup, jangan mengharapkan sangat kepada bantuan orang. emas pembawa = harta pemberian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.Orang yang sabar akan berhasil usahanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas