Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.rian] | ڤمبرين

Definisi : 1. = berian sesuatu (benda dll) yg diberikan: ia menolak ~ majikannya; 2. perihal memberikan: ~ hadiah; ~ ampun; ~ bantuan sumbangan kerajaan utk menutup (mencukupi) sebahagian drpd perbelanjaan (jabatan, perbadanan, dll); ~ percuma pemberian dgn tidak meminta bayaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.rian] | ڤمبرين

Definisi : 1 apa-apa yg diberikan: Ia enggan menerima ~ orang tuanya itu. 2 perbuatan memberikan; penyampaian: Majlis ~ hadiah itu telah dilakukan pd sebelah petang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemberian

Peribahasa

Bagai gembala diberi keris.

Bermaksud :

Pemberian yang tidak berfaedah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus tahu berterima kasih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai gembala diberi keris.Pemberian yang tidak berfaedah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai menambah gelang bini.Pemberian yang tak kelihatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Titik ditampung, meresap dipalit.Pemberian orang atau penghasilan biar betapa sedikit sekalipun akan diterima juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai melulutkan jebat pada kerbau.Pemberian yang tidak sesuai dengan tempatnya. melulutkan = menggosok tubuh dengan pelutut; jebat = sebangsa kasturi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tebu setuntung masuk geraham gajah.Pemberian yang sedikit kepada orang yang kaya tentu tiada terasa olehnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditakik bagai berendang, disepakkan bagai berayam.Pemberian gelaran yang tidak ada ertinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lading tajam sebelah.Selalu mahu menerima pemberian, tetapi segan memberi. lading = sebangsa perang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja.Pemberian yang tidak ada ertinya. (Bandingkan dengan: Memberi garam kepada laut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menantikan nasi disajikan di mulut.Orang yang pemalas hanya menantikan pemberian atau kasihan orang saja, atau menantikan takdir Tuhan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas