| Buka kulit, ambil (= tampak) isi. | Pembicaraan atau perundingan secara berterus terang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Singkap daun, ambil isi (= buah). | Pembicaraan atau perundingan secara berterus terang. (Peribahasa lain yang sama makna: Buka kulit, ambil [= tampak] isi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berseleleran bagai getah di lalang. | Percakapan atau pembicaraan yang tidak keruan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kusut di hujung, lari (= bawa) ke pangkal. | Pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Putus gayung di belebas, putus kata di pangkalnya (= di mulutnya). | Putusan yang berdasarkan kepada pokok pembicaraan. belebas = bilah daripada kayu dipakai sebagai perisai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |