Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat. | Untuk melakukan sesuatu pekerjaan supaya selamat maka hendaklah berunding dulu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulat bagai air dalam pembuluh. | Persatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sejernih-jernih air, kalau melalui pembuluh yang kotor, tentu kotor juga. | Sebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berair kerongkongan. | Mendapat rezeki. kerongkongan = pembuluh nafas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar. | Tidak menepati janji dan menentang balik orang yang diberinya janji itu. merih = pembuluh nafas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |