| Tuah yang disembah, junjung yang dipanjat. | Pemimpin atau ketua yang dikut perintahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Patah kemudi perahu hanyut. | Rakyat yang kehilangan pemimpin akan kucar-kacirlah jadinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan. | Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti lut dengan marakah. | Orang yang lebih pengetahuan selalu menjadi pemimpin orang ramai. lut = batu duga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seletus bedil berbunyi, mencebur ikan dalam laut, berkokok ayam dalam hutan. | Ucapan pemimpin yang menggemparkan orang di mana-mana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebuah lesung seekor ayam jantannya (= gedangnya). | Bagi tiap-tiap kaum ada seorang pemimpin yang akan memimpinnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti anak ayam kehilangan induk (= ibu). | Kesusahan kerana bercerai dengan sahabat yang karib; rakyat yang kehilangan pemimpin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar. | Pemimpin yang menjadi tempat rakyat mengadukan nasibnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Merasuk seperti polong tak berjinjang. | Berkeliaran memperlihatkan kelakuan yang jahat ke mana-mana. merasuk = roh jahat masuk ke dalam tubuh manusia; jinjang = pemimpin atau ketua hantu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |