| Itik bertaji. | Sangat penakut, tetapi sombong. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai menggelikan induk ayam. | Memberanikan orang penakut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengepit induk ayam. | Mengemukakan orang yang penakut di dalam perundingan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai kambing dijunjung. | Jerit pekik orang yang penakut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Biar kurang garang asal lebih gaya. | Menunjuk-nunjukkan diri sekalipun penakut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anak harimau takkan menjadi anak kambing. | Orang yang berani takkan penakut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Umpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri. | Orang yang bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laksana lembu kasi: galak saja tiada melawan. | Orang yang besar tubuh tetapi penakut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Membulang ayam indarus rancak kokok. | Lahirnya saja pandai atau berani, tetapi yang sebenarnya bodoh atau penakut. rancak kokok = merdu bunyi kokoknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Misai bertaring bagai penglima, sebulan sekali tak bunuh orang. | Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi penakut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |