Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.da.kian] | ڤنداکين

Definisi : 1. perihal atau perbuatan men­daki, pemanjatan; 2. = dakian tempat yg mendaki (menaik): tidak usah kita tertawa pd waktu turun kerana ~ akan ditempuh pula; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.da.kian] | ڤنداکين

Definisi : 1 perbuatan (usaha dsb) mendaki: ~ gunung yg tinggi itu tidak dpt diteruskan. 2 bahagian bukit, jalan dll yg mendaki; lw penurunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendakian

Peribahasa

Berbukit di balik pendakian.

Bermaksud :

Kesusahan yang silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berlurah di balik pendakian.Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada udang [= berudang] di balik batu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berbukit di balik pendakian.Kesusahan yang silih berganti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika tak lalu dandang di air, di gurun dirangkakkan (= ditanjakkan).Untuk menyampaikan maksudnya, maka segala daya upaya akan dilakukan. dandang = sebangsa perahu; tanjakan = pendakian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada udang (= berudang) di balik batu.Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Berlurah di balik pendakian).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas