Bernafas keluar badan. | Lebih percaya kepada pendapat orang lain daripada pendapatnya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan. | Tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi. | Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang berlainan pendapatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau sekandang dapat digembalakan, manusia seorang tiada terjaga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |