Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,

Puisi
 

Anak tambi pendek orang,
     Mari menyeberang tebing seberang;
Hati belum hendak pulang,
     Hendak bertemu sama seorang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Hendak melangkah kaki pendek,
     hendak mencapai tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pendek dihubung, panjang dikerat.Dapat menyesuaikan sesuatu perkara menurut kemahuan hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak melangkah kaki pendek, hendak mencapai tangan tak sampai.Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau panjang beri beruas, kalau pendek beri berbuku.Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dikerjakan menurut aturannya yang semestinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Barang yang jauh hendak dicekau, tangan pendek dihubung tak sampai.Keinginan terlalu amat, tetapi tidak ada daya upaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti sumpit abu ditegakkan.Orang gemuk, pendek dan lembam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Senteng dibilai, singkat diulas.Yang kurang ditambah, yang pendek disambung. bilai = ulas, sambung; diulas = disambung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Si cebol hendak mencapai bulan (= bintang).Menginginkan sesuatu yang mustahil tercapai. Si cebol = orang pendek.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Patah tongkat berjermang (= bertelekan).Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang = kayu pendek untuk menopang perahu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas