Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.dé.kar] | ڤنديکر

Definisi : (pendékar) 1. orang yg pandai bersilat (bermain senjata dll); 2. jaguh, pahlawan: segala hulubalang, pahlawan, ~ tiadalah terhingga lagi; ~ lidah (kata) orang yg pandai berbahas, ahli pidato (syarah); ~ pena orang yg pandai menulis rencana dll di surat khabar; ~ pulut Kl ahli pencak silat yg mengambil kesempatan utk mendapat rezeki drpd pengetahuannya; ~ sambal Kl pendekar yg pengecut dan mudah ditewaskan; ~ elak jauh prb orang yg amat berhati-hati dan sentiasa bersedia mengelakkan diri drpd bahaya; tiada ada ~ yg tak bolos, tak ada juara yg tak kalah prb bagaimana pandai seseorang itu ada kalanya membuat kesilapan (kesalahan dll) jua; kependekaran perihal (sifat) pendekar: masing-masing cuba menunjukkan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.dé.kar] | ڤنديکر

Definisi : 1. orang yg pandai bermain senjata; 2. askar dll yg gagah berani, pahlawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.dé.kar] | ڤنديکر

Definisi : /pendékar/ 1 orang yg pandai bersilat atau pandai bermain senjata. 2 askar yg gagah berani; pahlawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pendekar (kata nama)
Bersinonim dengan pesilat, ahli silat, tukang silat, tukang pencak, tukang terlak.,

Peribahasa

Tidak ada pendekar yang tak bulus,
     tak ada juara yang tak kalah.

Bermaksud :

Meskipun pandai ada kalanya salah (keliru) juga. bulus = kena.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pendekar elak jauh.Orang yang amat berhati-hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak ada pendekar yang tak bulus, tak ada juara yang tak kalah.Meskipun pandai ada kalanya salah (keliru) juga. bulus = kena.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai gelombang dua belas.Kehebatan langkah seseorang pendekar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulang.Sama-sama ahli; sama-sama pendekar. kundi = biji saga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudu-sudu di tepi jalan (dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya).Orang yang cerdik atau pendekar yang tak dapat dikalahkan. sudu-sudu = tumbuhan sebangsa lidah buaya; rabas = air hujan yang ada pada daunnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas