Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.cut] | ڤڠچوت

Definisi : orang yg tidak berani melakukan atau menghadapi sesuatu situasi (tugas dsb), penakut: yg ~ sudah lama lari; ~-~ yg tak boleh diharap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.cut] | ڤڠچوت

Definisi : orang yg kecut hati; penakut: Budak ~ itu sudah lari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecut (adjektif)
1. Bersinonim dengan takut: gentar, gerun, gementar, tidak berani,

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan lisut, kisut, kedut, kempis, susut, seruh, lesut, berkerut, gedeber, kering dan berkedut,

Kata Terbitan : mengecut, mengecutkan, pengecut, kekecutan,

Peribahasa

Malu berani,
     mati takut.

Bermaksud :

Pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Anak kambing takkan menjadi anak harimau.Orang yang pengecut tetap pengecut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak harimau takkan menjadi anak kambing).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malu berani, mati takut.Pengecut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takkan ada katak beranakkan ular.Orang yang pengecut takkan menjadi orang yang berani.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerosok ular di rumpun bambu.Ancaman daripada orang yang pengecut. kerosok = bunyi di daun-daun kering kerana dilalui binatang atau lain-lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rupa harimau hati tikus.Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya.Orang yang diam jangan disangka pengecut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecambah kayu ara takkan jadi pulut-pulut.Orang yang memang berani takkan jadi pengecut. kecambah = tumbuhan kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Taruh air di atas daun keladi.Mempercayakan rahsia kepada orang yang bodoh atau pengecut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas