Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gan.ti] | ڤڠݢنتي

Definisi : benda atau orang yg menjadi ganti: biarlah pantunku ini sbg ~ penawar hatimu; sejak guru itu pindah murid-murid agak gelisah menunggu ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gan.ti] | ڤڠݢنتي

Definisi : 1 apa-apa yg dijadikan ganti: Oleh sebab kad undangan sudah habis, kita gunakan surat biasa sbg ~nya. 2 orang yg mengganti atau menggantikan: Kalau dia berhalangan nanti, siapakah pula ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[peng.gan.ti] | ڤڠݢنتي

Definisi : orang yg mengambil alih pekerjaan, tugas dll drpd orang lain: Jika engkau tidak mahu pergi, aku boleh jadi ~mu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengganti

Peribahasa

Menjadi apit lempang cencang galang.

Bermaksud :

Mengambil tempat sebagai pengganti dalam sesuatu usaha yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai tembilang bagai penggali; begitu yang hilang begitu pengganti.Yang diganti sama dengan yang hilang. tembilang = alat penggali lubang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjadi apit lempang cencang galang.Mengambil tempat sebagai pengganti dalam sesuatu usaha yang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas