Dalam menyelam, cetek bertimba. | Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Dalam berselam, dangkal berjingkat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dalam berselam, dangkal berjingkat. | Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air lalu kubangan tohor. | Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. tohor = dangkal, kering. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar periuk besar kerak. | Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar kayu besar bahannya, b. Gedang kayu, gedang dahannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar kayu besar bahannya. | Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Gedang kayu, gedang dahannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gedang kayu, gedang dahannya. | Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar kayu besar bahannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk tiga, keluar empat. | Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk lima keluar sepuluh. | Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sempit bertelempu, lega berlunjur. | Sesuaikanlah belanja dengan penghasilan. telempu = timpuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Titik ditampung, meresap dipalit. | Pemberian orang atau penghasilan biar betapa sedikit sekalipun akan diterima juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |