| Mengais hendaklah berkuku. | Mencari penghidupan hendaklah berpengetahuan (modal atau alat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Merantau ke hujung bendul. | Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Peribahasa lain yang sama makna: Merantau di sudut dapur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Merantau di sudut dapur. | Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Biasa juga: Merantau ke balik dapur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Macam memegang tali layang-layang. | Orang yang berkuasa dalam penghidupan orang perseorangan ataupun orang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencarikan perut tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup. | Mencari penghidupan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ketika ada jangan dimakan, telah habis (= tiada) maka dimakan. | Berhemat cermat dalam penghidupan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Buangkan yang keruh, ambil yang jernih. | Buang yang jahat ambil yang baik; memulai penghidupan yang baru. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |