Hilang penjahit berkerbau-kerbau. | Lebih banyak ongkos perkara daripada harga barang-barang yang diperkarakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lalu penjahit, lalu kelindan. | Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lulus [= lalu] jarum, lulus [= lalu] kelindan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencari penjahit dalam rumput. | Pekerjaan yang mustahil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh. | Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Penjahit hilang di tiga hari dengan kerbau. | Lebih banyak ongkos perkara daripada harga barang-barang yang diperkarakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang penjahit berkerbau-kerbau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk tiga, keluar empat. | Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengadu hujung jarum (= penjahit). | Melakukan sesuatu pekerjaan yang sangat sukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memperjuali orang Cina penjahit. | Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengajar buaya berenang, b. Mengajar limau berduri, c. Orang tua diajar makan pisang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk bagai (= sebesar) lubang penjahit, keluar bagai (= sebesar) lubang tabuh. | Besar belanja daripada penghasilan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengajar limau berduri. | Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memperjuali orang Cina penjahit, b. Mengajar buaya berenang, c. Orang tua diajar makan pisang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |