Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,

Puisi
 

Limau manis limau kasturi,
     Penuh berisi dalam dulang;
Saya senyum untuk sendiri,
     Bukan tujuan pemikat orang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sumpit penuh tidak berisi.

Bermaksud :

Orang bodoh yang berlagak seperti orang pandai-pandai; orang miskin yang berbuat seperti orang kaya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Padi setangkai bernas semuanya.Keluarga yang hidupnya beruntung dan berbahagia. bernas = berisi penuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sumpit penuh tidak berisi.Orang bodoh yang berlagak seperti orang pandai-pandai; orang miskin yang berbuat seperti orang kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Moncong penuh oleh air, perut berisi batu.Tidak dapat mengatakan sesuatu yang terasa dalam hati, kerana telah berhutang budi dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh.Orang yang sombong, besar cakap tidak berisi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas