Obat jauh penyakit hampir. | Dalam kesusahan, sukar mendapat pertolongan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tua-tua penyakit, muda ubat; sesudah tersepit baru tahu akan sifat. | Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang. | Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dimakan kapang habis berlubang. | Menderita penyakit kelamin. kapang = sejenis teritip. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Datang seperti ribut, pergi seperti semut. | Tentang penyakit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ayam berak kapur. | Rupa pucat kerana menghidap penyakit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai anak dara mabuk andam. | Lemah dan lesu tanpa penyakit. andam = anak rambut di dahi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ayam dimakan (= kena) tungau. | Pucat dan kuning kerana menghidap penyakit; sangat gelisah kelakuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Datang tiada dijemput, dihalau dia berpaut, salah hemat kita diangkut. | Tentang penyakit. Peribahasa lain yang sama makna: Datang seperti ribut, pergi seperti semut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pucat lesi bagai ayam kena lengit. | Orang yang lemah dan pusat. lengit = penyakit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |