Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.pu] | ڤڽاڤو

Definisi : alat utk menyapu (membersihkan dll), sapu: sebatang ~ lidi dikeluarkannya; ~ ranjau kapal utk membersihkan ranjau di laut; disambut dgn ~ tak bersimpai prb dihalau keluar dr sesuatu majlis kerana dibenci orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.pu] | ڤڽاڤو

Definisi : alat utk membersihkan (mengesat) sesuatu; sapu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyapu

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Jatuh di tangan menyapu bunga;
Lepas tangan dikata jangan,
     Lepas di tangan orang yang punya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Disambut dengan penyapu tak bersimpai.

Bermaksud :

Dihalau keluar dari sesuatu majlis keramaian kerana dibenci orang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Nasib penyapu, banyak jasa turun darjat.Terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Disambut dengan penyapu tak bersimpai.Dihalau keluar dari sesuatu majlis keramaian kerana dibenci orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera.Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Permata lekat di pangkur, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Penyapu diikat sutera.Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Perahu papan bermuat intan, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpati dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Perahu papan bermuat intan.Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Permata lekat di pangkur.Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti sapu diikat dengan benang sutera.Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Permata lekat di pangkur, d. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas