Peluru perak pemecah kubu yang kuat. | Wang ringgit dapat memecahkan segala rahsia yang sulit-sulit. peluru perak = wang ringgit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik juga di negeri kita. | Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita; baik juga di negeri kita. | Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri oang; baik juga di negeri kita). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Badan bersaudara; emas perak tiada bersaudara; kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata; kasih sahabat sama binasa. | Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rumah gedang bersendi perak. | Bangsawan lagi kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Peti yang berisikan emas perak itu tiada dilelehkan orang. | Pengetahuan tidak mudah dihamburkan di mana-mana saja. dilelehkan = dibocorkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |