Kena parang bermata dua. | Sangat menyakitkan perasaan hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berhampar lapik, berlicin daun. | Bermuafakat mencari penyelesaian yang baik dengan setulus-tulus hati, tidak ada menyembunyikan perasaan-perasaan yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar. | Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang. (Bandingkan dengan: Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang. | Orang yang tidak ada perasaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |