| Muafakat lalu di dalam gelap, adat lalu di tengah terang. | Seia-sekata melakukan pekerjaan yang berat-berat dan patuh pada peraturan-peraturan yang telah ditentukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Zaman beralih, musim bertukar. | Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dulu bajak daripada jawi. | Bekerja dengan tidak menurut peraturan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lapuk-lapuk diganti, usang-usang dibarui. | Adat atau peraturan yang tak baik diganti atau diperbaiki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Adat bertentu, bilang beratur. | Segala pekerjaan harus dilakukan menurut peraturan yang sudah ada. (Bandingkan dengan: Adat diisi, lembaga dituang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat. | Bekerja dengan tidak menurut peraturan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sekali air besar, sekali tepian beranjak (= beralih). | Apabila pembesar atau pemerintahan berganti, maka peraturan-peraturannya pun akan berubah juga. (Bandingkan dengan: Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rendah bilang-bilang disuruki (= diseluduki), tinggi kayu ara dilangkahi. | Berbuat sesuatu atau menghadapi seseorang hendaklah menurut peraturan yang lazim. bilang-bilang = gelang, sejenis tumbuhan yang rendah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |