Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.wan] | ڤراون

Definisi : yg merawankan hati: ~ hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.wan] | ڤراون

Definisi : 1. anak dara, gadis: Ramli ingin mengetahui adakah ia ~ atau janda, atau sudah menjadi isteri orang; ~ tua anak dara tua; 2. belum berkahwin (gadis), belum hilang dara: ia masih ~; sudah hilang ~nya sudah hilang daranya; keperawanan perihal perawan, kegadisan, kesucian: kalau terlalu bebas bergaul dgn lelaki orang akan meragukan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.wan] | ڤراون

Definisi : 1 anak dara; gadis: Pak Ali mempunyai empat orang anak ~. 2 belum berkahwin; belum hilang daranya: Dia masih ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perawan (kata nama)
Bersinonim dengan gadis, dara, sunti, perempuan, puteri, nona, pemudi, beliawanis, dayang, amoi, bikir, upik;,
Kata Terbitan : keperawanan,

Peribahasa

Bunga yang layu tidak diseri oleh kumbang.

Bermaksud :

Perawan tua tidak dipinang orang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti gadis sudah berlaki.Anak perawan yang pemalas dan pengotor.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunga yang layu tidak diseri oleh kumbang.Perawan tua tidak dipinang orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong.Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman.Bagaimana pemuda-pemuda tidak berulang-alik di dekat rumah, jika tidak kerana perawan cantik ada di situ.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas