| Diuji timbang lebih sesaga. | Perbezaan yang sangat kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Yang seorang memeram batu, yang seorang memeram pisang. | Perbezaan pendirian; seorang boleh menanti seorang lagi tidak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau ibu kaya anak jadi puteri, kalau anak kaya ibu jadi budak. | Perbezaan antara kesayangan ibu dengan kesayangan anak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta. | Sesuatu yang amat susah diperoleh. (Perbezaan lain yang sama makna: Mahal dibeli sukar dicari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Main badar, main gerundang. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa. (Perbezaan lain yang sama makna: Melonjak badar, melonjak gerundang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |