Hidung dicium, pipi digigit. | Kasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terpijak di tanah kapur, putih tapak; terpijak di tanah arang, hitam tapak. | Perbuatan baik, baiklah akibatnya; perbuatan jahat, jahatlah akibatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau baik disebut orang; kalau jahat, jahatlah. | Perbuatan yang baik akan disebut baik, perbuatan yang jahat akan disebut jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang tapak tukul, timbul tapak canai. | Perbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya. tukul = pemukul kecil; canai = asah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir. | Perbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sariat palu memalu, hakikat balas membalas. | Kebaikan hendaklah dibalas dengan kebaikan. sariat (syari'at) = aturan agama, di sini dimaksudkan kepada perbuatan; hakikat = kebenaran, yang sebenarnya jadi pendorong perbuatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menjaring angin. | Perbuatan yang sia-sia belaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencukur kepala. | Perbuatan yang memalukan kaum keluarga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersuluh tengah hari. | Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Lagi terang lagi bersuluh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkepanjangan bagai agam. | Perbuatan atau perkataan yang tidak ada hujungnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |